KOMEN DAN CADANGAN


Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Berpandukan kepada Objektif Progam Latihan Industri memang mempunyai kebaikan yang lebih daripada keburukkannya.

Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri  ( LI ) di syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 6 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek.


Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri.

Pihak Pejabat Daerah Larut Matang Dan Selama, Taiping.

Terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang ada pada pihak organisasi yang perlu dipertingkatkan :

Antara kelemahan yang terdapat pada Pejabat Daerah Larut Matang Dan Selama, Taiping Ini ialah:
  • Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Taiping perlu memberi tunjuk ajar yang secukupnya kepada pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat ini. Sebagai contoh, semasa memerlukan pelajar membina sistem atau laman web yang pelajar tidak pernah pelajari sebelum ini, Unit Teknologi Maklumat perlulah mengajar, membantu  dan memantau pelajar tersebut.
  • Perlu lebih memberikan pendedahan kepada pelajar dengan pelbagai kerja agar pelajar dapat memperaktikkan segala ilmu yang dipelajari serta pengalaman yang sedia ada.
  • Menyediakan perancangan tugas yang lebih yang lebih teratur untuk pelajar yang menjalani latihan industri.
Antara kelebihan yang terdapat di Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, Taiping ini pula ialah:

  • Staf-staf yang bekerja di syarikat ini amat ramah dan boleh membantu serta memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya.
  • Mereka memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menyertai mesyuarat formal, membuat tugasan yang penting, terlibat dalam program dan aktiviti kerja luar yang dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Taiping.



 Pihak Pelajar

Terdapat beberapa komen kepada pelajar yang akan atau sedang menjalani latihan industri:

  • Pelajar perlu memilih dan bertanya dengan jelas mengenai tempat yang menerima pelajar latihan industri sebelum membuat keputusan untuk menjalani latihan industri disitu, ini adalah untuk mengelak daripada sebarang masalah  semasa menjalani latihan industri. Tetapi jika pelajar sedang menjalani latihan industri dan tempat pelajar menjalani latihan industri tidak memberi tugasan yang bersesuaian dengan bidang pelajar, pelajar harus akur dan sedar bahawa di dalam dunia pekerjaan yang sebenar kadang kala kita akan melakukan pekerjaan diluar bidang kita tetapi kita harus cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
  • Pelajar perlu mengetahui lokasi kawasan tempat latihan industri bagi mengelak daripada masalah pengangkutan jika tempat latihan industri tersebut  jauh daripada kawasan kediaman pelajar terutama bagi pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu bagi mengelakkan sebarang masalah.
  • Pelajar perlu tahu cara pemakaian formal untuk ke tempat kerja. Kebanyakan pelajar latihan industri memakai pakaian yang tidak bersesuaian untuk di pakai ke tempat kerja, masalah ini bukan sahaja memberi impak buruk kepada diri pelajar malah turut memberi kesan kepada nama IPT / IPTS tempat pelajar tersebut belajar.



Instagram