Bahagian Khidmat Pengurusan terbahagi kepada lima unit dimana setiap unit tersebut mempunyai fungsi dan tugas masing-masing.
Unit Pentadbiran dan Kewangan
- Memproses permohonan lesen hiburan
- Memproses permohonan lesen-lesen am
- Mengurus hal ehwal persuratan dan fail
- Menguruskan bayaran gaji , elaun dan tuntutan yang layak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menguruskan semua bil bekalan dan perkhidmatan dijelaskan kepada pembekal mengikut Arahan Perbendaharaan.
- Merancang dan menyediakan anggaran belanja mengurus jabatan.
- Memastikan semua teguran audit disemak dan dijawab serta diambil tindakan
Unit Teknologi Maklumat
- Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan bantuan teknikal peralatan dan perisian.
- Menyediakan khidmat pengurusan sistem rangkaian.
Unit Perkhidmatan
- Menguruskan hal ehwal penjawatan, perkhidmatan, cuti, pencen, kursus, latihan, peperiksaan dalam perkhidmatan
- Menguruskan hal ehwal kerjaya dan pembangunan sumber manusia.
Unit Hasil Am
- Menerima bayaran serta mengeluarkan lesen/ resit mengikut jenis aktiviti seperti lesen hiburan, pawagam, penulis rayuan dan lain-lain.
- Menyempurnakan setem ke atas suratcara-suratcara tertentu di Bawah Akta Setem 1949
- Memproses dan mengeluarkan salinan Sijil Kerakyatan Negeri Perak.
Unit Rumah Awam
- Menerima bayaran ansuran bulanan
- Mengutip bayaran tunggakan RPA
- Mengemaskini rekod/ Buku Lejar Kutipan