PEJABAT DAERAH TANAH LARUT MATANG DAN SELAMA TAIPING
Pelan lokasi pejabat tanah Taiping
Bangunan
Pejabat Daerah dan Tanah ini telah dibina pada tahun 1897 sebagai Pejabat
Penasihat British dan kemudiannya dijadikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
dan seterusnya sebagai Dewan Undangan Negeri. Selepas peperangan Dunia Kedua,
pusat pentadbiran Negeri Perak telah dipindahkan ke Ipoh dan bangunan ini
dijadikan sebagai Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama sehingga ke hari ini.
Pentadbiran
di pejabat ini telah dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Larut Matang yang
berpusat di Bandar Taiping dan Selama dimana pentadbirannya berpusat di Bandar
Selama. Ianya dibantu oleh tiga orang Ketua Penolong Pegawai Daerah yang
bertanggungjawab ke atas Pembangunan Daerah, Pentadbiran Tanah dan Pentadbiran
Daerah Kecil Selama, serta beberapa orang Penolong Pegawai Daerah.
Terdapat
Sembilan mukim di daerah ini, dimana setiap mukim ditadbir oleh Penghulu
manakala dari segi gerak kerja pembangunan pula telah ditubuhkan 106
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang diketuai oleh
pengerusi JKKK iaitu Ketua Kampung. Manakala di peringkat jabatan pula terdapat
256 orang kakitangan yang bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan
Selama sehingga kini.
Di Taiping, Pejabat Derah Dan Tanah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Pembangunan Luar Bandar
- Bahagian Pentadbiran Tanah
OBJEKTIF JABATAN:
Objektif dalam sesebuah organisasi amatlah penting dalam
menentukan matlamat utama penubuhannya organisasi tersebut. Pembentukan
objektif organisasi yang baik dapat memastikan penubuhan organisasi tersebut
dapat dijalankan dengan lebih efisien dan bermotif.
Bagi pejabat Daerah Larut Matang dan Selama pula, ianya
telah menetapkan 5 objektif utama secara keseluruhan bagi setiap unit-unit
dalam organisasi ini. Ianya bermotifkan bagi mewujudkan kepuasan yang maksimum
kepada pelanggan di samping menjaga hak asasi mereka.
Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :
- Mentadbir dan menguatkuasa undang-undang Tanah Negara dan peraturan-peraturan Tanah Negeri.
- Menjalankan dan menguatkuasa pungutan pelbagai hasil Tanah, Cukai, Lesen dan lain-lain.
- Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi daerah.
- Menyelaraskan aktiviti-aktiviti penbangunan jabatan-jabatan selaras dengan pembangunan.
- Menjaga ketenteraman awan dan muhibbah di peringkat daerah.