LATAR BELAKANG ORGANISASI

PEJABAT DAERAH TANAH LARUT MATANG DAN SELAMA TAIPING



                                                               Pelan lokasi pejabat tanah Taiping



Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah ini telah dibina pada tahun 1897 sebagai Pejabat Penasihat British dan kemudiannya dijadikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan seterusnya sebagai Dewan Undangan Negeri. Selepas peperangan Dunia Kedua, pusat pentadbiran Negeri Perak telah dipindahkan ke Ipoh dan bangunan ini dijadikan sebagai Pejabat Daerah dan Tanah Larut  Matang dan Selama sehingga ke hari ini.

Pentadbiran di pejabat ini telah dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Larut Matang yang berpusat di Bandar Taiping dan Selama dimana pentadbirannya berpusat di Bandar Selama. Ianya dibantu oleh tiga orang Ketua Penolong Pegawai Daerah yang bertanggungjawab ke atas Pembangunan Daerah, Pentadbiran Tanah dan Pentadbiran Daerah Kecil Selama, serta beberapa orang Penolong Pegawai Daerah.

Terdapat Sembilan mukim di daerah ini, dimana setiap mukim ditadbir oleh Penghulu manakala dari segi gerak kerja pembangunan pula telah ditubuhkan 106 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang diketuai oleh pengerusi JKKK iaitu Ketua Kampung. Manakala di peringkat jabatan pula terdapat 256 orang kakitangan yang bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama sehingga kini.

Di Taiping, Pejabat Derah Dan Tanah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
  •  Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pembangunan Luar Bandar
  • Bahagian Pentadbiran Tanah 






OBJEKTIF JABATAN:

Objektif dalam sesebuah organisasi amatlah penting dalam menentukan matlamat utama penubuhannya organisasi tersebut. Pembentukan objektif organisasi yang baik dapat memastikan penubuhan organisasi tersebut dapat dijalankan dengan lebih efisien dan bermotif.

Bagi pejabat Daerah Larut Matang dan Selama pula, ianya telah menetapkan 5 objektif utama secara keseluruhan bagi setiap unit-unit dalam organisasi ini. Ianya bermotifkan bagi mewujudkan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan di samping menjaga hak asasi mereka.

Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :

  • Mentadbir dan menguatkuasa undang-undang Tanah Negara dan peraturan-peraturan Tanah Negeri.
  • Menjalankan dan menguatkuasa pungutan pelbagai hasil Tanah, Cukai, Lesen dan lain-lain.
  • Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi daerah.
  • Menyelaraskan aktiviti-aktiviti penbangunan jabatan-jabatan selaras dengan pembangunan.
  • Menjaga ketenteraman awan dan muhibbah di peringkat daerah.






Unknown

    No comments:

    Post a Comment

    Instagram