PENDAHULUAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana di atas limpah dan kurniaNya, saya dapat menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Sepanjang tempoh latihan industri yang bermula pada 30 Disember 2015.Ianya telah berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan.  

Adanya latihan industri untuk semua pelajar Politeknik di Malaysia membuktikan kemampuan untuk mencipta kecemerlangan akan tercapai. Pihak Politeknik telah menetapkan bahawa setiap, pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil Diploma Politeknik. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih firma yang dikehendakinya untuk menjalani Latihan Industri. Latihan Industri ini dijalankan pada semester keempat.

Latihan industri merupakan cara yang terbaik untuk mendedahkan kepada pelajar dengan suasana yang sebenar. Bertujuan untuk menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik semasa pekerja. Mempraktikkan cara berkomunikasi dengan lebih baik dan sopan. Ini kerana tingkah laku juga merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil kira dalam alam pekerjaan.

Di samping itu, latihan industri membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan di alam pekerjaan sebenar. Pelajar juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin, bertanggungjawab, dan dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan serta pengalaman yang ditimba juga boleh dijadikan sebagai persediaan awal untuk pekerjaan kelak, malah dapat membantu melahirkan graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan pekerjaan pada masa akan datang.



Unknown

    No comments:

    Post a Comment

    Instagram