KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


Laporan latihan industri perlu disediakan oleh pelajar sebagai satu cara mendokumentasikan gerak kerja sepanjang tempoh latihan bagi memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Dengan terhasilnya laporan ini, pihak politeknik dapat menilai pelajar tersebut berdasarkan prestasi pelajar sepanjang tempoh latihan industri dibuat.

Setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar direkodkan dalam buku laporan harian untuk memastikan pelajar menjalani latihan industri dengan baik. Penulisan laporan memerlukan perhatian yang teliti oleh pelajar. Justeru itu, laporan mestilah mudah untuk difahami dan kemas supaya pensyarah yang memeriksa berpuas hati dengan hasilnya. Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Diploma kepada pelajar.

Dengan itu, dapatlah saya melengkapkan dan menyiapkan laporan akhir latihan industri ini dengan baik mengikut piawaian yang betul seperti format yang telah ditetapkan dan memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat dalam bidang programming khususnya. Saya berharap dengan adanya laporan ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua secara langsung mahupun tidak langsung.

Terdapat beberapa kepentingan yang dapat diperolehi dalam latihan tersebut. Antaranya ialah:

  •  Memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi dunia kerja sebenar yang lebih mencabar. Pelajar perlu menerima kenyataan jika menghadapi kesukaran dalam kerja yang dilakukan dan berusaha menanganinya.

  • Membolehkan pelajar hubung kait antara teori yang dipelajari dengan alam pekerjaan yang sebenar. Ini dapat membantu pelajar memberikan idea-idea yang lebih bernas dan berkesan.

  •  Memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar tentang teknik berkomunikasi dengan pelbagai golongan pekerja. Ketika waktu bekerja, pelajar berkomunikasi dengan pihak profesional.

  • keupayaan dan kebolehan pelajar dalam mengendalikan sesuatu tugas dan Menilai tanggungjawab yang diberikan. Pelajar perlu melakukan yang terbaik terhadap tugas yang diamanahkan. 

  
  

Instagram