KESIMPULAN

Langkah pihak politeknik menempatkan pelajar-pelajar untuk menjalankan Latihan Industri merupakan salah satu langkah yang bijak. Saya pasti ramai dalam kalangan kita tidak menyedari sesebuah syarikat / organisasi yang berkembang maju adalah bermula daripada sistem pengurusan danpentadbiran yang sempurna, sistematik dan stabil. Latihan Industri yang dijalankan sememangnya memberi kelebihan dan kebaikan berbanding dengan keburukan. Program ini harus diteruskan kerana ianya banyak memberi manfaat kepada pelajar khususnya dan peluang kepada para pelajar untuk memahami alam pekerjaan yang sebenar bagi mendapatkan pengalaman bekerja di sesebuah organisasi firma ataupun syarikat. Dengan adanya latihan sebegini, ianya dapat memberi keyakinan kepada para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan sebenar yang mencabar dan bijak menggunakan peluang yang ada seperti ini. Pendedahan sebegini perlu dimiliki oleh setiap pelajar sebagai persediaan awal untuk bersaing dipasaran globalisasi.


Seterusnya, dengan latihan ini, para pelajar tersebut merupakan bakal pekerja yang berkualiti daripada segala aspek untuk memenuhi keperluan organisasi.Setelah menjalani Latihan Industri selama 20 minggu di pejabat tanah taiping, saya memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang sangat berharga dan bermakna kepada diri saya. Di sini, saya Berjaya mengaplikasikan hampir 90 peratus ilmu yang telah saya pelajari di kuliah semasa saya menjalankan Latihan Industri. Saya bersyukur dapat menjalani Latihan Industri di pejabat tanah taiping ini kerana saya percaya tidak semua orang di luar sana bertuah dan dapat merasai apa yang saya rasai di sini di mana banya kpengalaman manis yang saya perolehi. Antaranya saya dapat membuat pelbagai tugasan seperti memasukkan data ke dalam system, membuat semakan fail, bertemu pelanggan, menyertai aktiviti anugerah pegawai cemerlang, membantu melancarkan temuduga tanah, bertugas di Unit teknikal dan sebagainya. Tugasan yang diterima merangkumi ilmu yang baru diperolehi semasa Latihan Industri dan ilmu yang telah dipelajari semasa kuliah. Akhir kata, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa Latihan Industri dapat memberi masa kepada pelajar-pelajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.


Selain itu, Latihan Industri telah memberi impak yang amat positif dalam membentuk dan melahirkan para pelajar yang berkebolehan dalam aspek pengurusan serta lebih profesional dalam semua aspek. Ianya juga telah mendedahkan pelajar dengan suasana persekitaran pekerjaan yang sebenar. Bukan itu sahaja, malah Latihan Industri selama 5 bulan ini dapat mempertingkatkan lagi keyakinan diri dan keterampilan seseorang itu dalam kehidupan seharian serta apa jua pengalaman dan segala kerja yang telah dipelajari sewaktu menjalani latihan tersebut dapatlah diaplikasikan di alam pekerjaan kelak.

Unknown

    Instagram